Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bauksit: SPRM Tahan Dua...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman...

Filem Pertama Radhi Khalid...

KUALA LUMPUR - Pelakon Radhi Khalid memberitahu filem terbitan pertama syarikatnya, Radhikal Films...

Mossy Forest Terpaksa Ditutup...

CAMERON HIGHLANDS - Mossy Forest atau Hutan Berlumut di Gunung Brinchang yang terkenal...

Kementerian Lindungi Guru Jika...

MACHANG - Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan melindungi guru jika mereka disaman ibu...

Kit Siang Kecam Kerajaan Skandal Forex Bank Negara

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam langkah kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar tahun 1990-an.

Beliau menegaskan bahawa mesyuarat Kabinet semalam adalah detik paling memalukan dalam sejarah negara kerana menyiasat skandal yang berlaku lebih dua dekad lalu.

“Semua ahli Kabinet melakukan kecuaian yang besar dan tidak bertanggungjawab apabila menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan ke atas kerugian forex Bank Negara lebih dua dekad lalu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

Pendedahan Amerika Syarikat (AS) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara baru-baru ini menyebabkan ramai pihak mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersengkongkol dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

Kegiatan ini dipercayai berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 ketika era pentadbirannya namun dapat ditutup dengan mudah kerana ketiadaan teknologi media sosial pada waktu tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Kategori