Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara, Denda Kerana...

KUALA LUMPUR - Akibat mengugut pengurus projek menggunakan parang, seorang penganggur dijatuhi hukuman...

MBM Turut Sumbang Bakti...

NIBONG TEBAL - Banjir melanda negeri ini sejak Sabtu lepas, turut mendapat perhatian...

Video: Lelaki Masih Bernyawa...

SEBUAH video yang mengerikan serta menghairankan orang ramai telah menjadi perbualan masyarakat di...

Nauraj Cipta Rekod Baru,...

KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Singapura nyata gelanggang bertuah buat atlet lompat tinggi...

Kit Siang Cakap Besar Lagi

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Kit Siang didakwa kecut perut menjelang sesi Dewan Rakyat tidak lama lagi sehingga terpaksa mengulangi supaya Pakatan Harapan (PH) melunaskan janji-janji manifesto PRU-14.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendakwa kenapa sudah tujuh kali parlimen bersidang baru sekarang mereka disuruh supaya melunaskan janji.

“Kit Siang semalam mahu sidang parlimen kali ini menjadi sejarah terhebat 22 bulan PH memerintah. 22 bulan bermakna hampir tujuh kali Parlimen bersidang. Baru sekarang mahu melunaskan janji?

“Melunaskan janji atau mengubah janji? Seperti hapus tol kepada kurangkan kadar tol,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang meyakini sidang parlimen bermula 9 Mac ini merupakan sidang parlimen melunaskan janji-janji manifesto PH.


Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa kerajaan jangan terperangkap kepada usaha pembangkang melepaskan torpedo terhadap kerajaan PH melalui usul undi percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Puad membayangkan sama ada pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan akhir Febuari ini adalah pakej menunaikan janji 100 hari PH.

“Apakah ia juga bertujuan untuk mengimbangi usul “undi percaya” PAS supaya kestabilan PH yang didominasi oleh DAP tidak runtuh,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori