Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu Cemari Peristiwa...

KUALA LUMPUR - Tanggal keramat 9 Mei, 2018 adalah titik tolak berubahnya hala...

Pendakwah Dituduh Merogol Masuk...

PARIS - Pendakwah terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan reman di sini, atas tuduhan...

Dikecam Hina Vegan Dengan...

HANYA kerana memuat naik gambar sarapan pagi berupa telur dan daging, pegawai polis...

Remaja Terpaksa Lupakan Sekolah...

ALOR SETAR - Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Tunku Laksamana di sini...

Kisah Prebet Adam Lama Selesai, Tak Perlu Keluar

PARIT – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kisah Prebet Adam yang kembali tular di media massa baru-baru ini tidak sepatutnya dikeluarkan semula.

Ini kerana ia telah lama selesai dan perlu diulas mengikut fakta yang tepat kerana ia berlaku lebih tiga dekad lalu.

“Saya tak ada fakta yang mencukupi untuk (ulas) kisah Prebet Adam dan benda (kes) pun sudah selesai. Saya tak dapat maklumat dan kalau mahu bercakap kita perlukan alasan yang kukuh… benda dah selesai.

“Dan ia menimbulkan banyak spekulasi… saya fikir masa tidak begitu sesuai untuk keluarkan perkara sebegini,” katanya selepas menyertai Program Fit Masjid Fun Ride di Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah di Seri Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam berhubung kenyataan keluarga Adam melalui adiknya, Hawa Jaafar, 53, yang berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menahan individu yang berterusan menyampaikan perkara tidak benar mengenai isu berkenaan.

Mohamad Fuzi berkata beliau perlu mendapatkan fakta yang kukuh untuk mengulas lebih lanjut dan individu yang layak mengulas berhubung kejadian itu adalah Tun Hanif Omar kerana beliau menjadi Ketua Polis Negara ketika itu.

“Saya minta maaf kepada media kerana tidak dapat mengulas isu ini,” katanya.


Kejadian amuk membabitkan Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Ipoh selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian ramai pihak selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik “individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri”.

Semalam, adik perempuan Adam, Hawa Jaafar, 53, memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya dan menyatakan abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor. – BERNAMA

Kategori