Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jeli Kembali Dilanda Banjir,...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,201 orang...

Semua Rakyat Malaysia Perlu...

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia perlu menyokong penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS)...

Cabaran Sebenar Di Suku...

KUALA LUMPUR – Pasukan negara bakal berdepan laluan sukar di peringkat suku akhir...

Video: Luluh Hati Ibu,...

BAGAN SERAI - Seorang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Teluk Medan di...

Kisah Banduan Parol Kini Di TV AlHijrah

SEJAK dilaksanakan pada tahun 2008, sehingga kini seramai 19,637 orang banduan telah berjaya dipulihkan melalui sistem Parol.

Itulah antara perkongsian Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam program terbaharu terbitan Tv AlHijrah, Orang Diparol (ODP).

Pada tahun ini (2018), genaplah 10 tahun sistem Parol dilaksanakan di Malaysia.

Dengan bahasa yang lebih mudah, Orang Diparol (ODP) adalah banduan yang menjalani hukuman penjara di luar penjara.

Sewaktu menjalani Parol, ODP dipantau oleh Lembaga Parol Malaysia.

Orang Diparol (ODP), merupakan program baharu yang diterbitkan oleh Tv Alhijrah dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Telekom Malaysia (TM), akan bersiaran setiap jumaat, 9 malam, bermula 13 April ini.

Program bual bicara yang dihoskan oleh Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi itu telah dirakamkan di Alhijrah Big Studio (ABS), Cyberjaya pada 19 dan 20 Mac yang lalu.


Program 8 episod yang berdurasi selama 30 minit ini akan menampilkan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri pada episod pertama, sebagai ahli panel.

Menariknya program ODP ini ialah, pada setiap episod ditampilkan seorang Orang Diparol (ODP) yang berkongsi pengalaman mereka dengan para penonton di studio.

Luahan hati setiap ODP dalam program ini benar-benar mengguris perasaan sehingga menitiskan airmata rata-rata penonton di studio.

“Bukalah ruang dan peluang, walaupun hanya sedikit kerana di hati kecil kami masih tersimpan harapan untuk berubah”.

Demikianlah petikan kata-kata luahan rasa Noor Ismahanum, seorang bekas ODP yang menjadi tetamu episod 1 yang akan bersiaran pada 13 April ini, jam 9 malam. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori