30,000 Penduduk Dijangka Sertai HSN Di Pahang

KUANTAN – Kira-kira 30,000 penduduk Pahang dijangka memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 peringkat negeri pada Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Shamsuhaime Basir berkata sambutan itu akan diadakan secara serentak di seluruh daerah melibatkan 17 acara sukan.

“Sambutan utama berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Pahang bermula pukul 7.30 pagi iaitu acara Bigwalk yang dijangka disertai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Ia seterusnya disusuli persembahan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan senamrobik mega,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsuhaime menambah kata, antara acara sukan yang terlibat pada tahun ini ialah bola sepak. futsal, bola jaring, bola tampar, zumba, golf, petanque dan papan selaju. – BERNAMA

Loading...