Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tidak Mungkin Nora Anne...

KUALA LUMPUR - Datuk kepada remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang...

Bandar Kuching Lama Akan...

KUCHING - Bandar Kuching lama, bermula dari Gereja Katolik St Joseph ke Bazaar...

Myanmar Bakal Buka Universiti...

YANGON - Myanmar telah merancang untuk membuka sebuah universiti perikanan pada 2018 yang...

Foto Intim: DAP Kaji...

PROSES pencalonan dua ahli DAP Melayu berprofil tinggi pada pilihan raya umum (PRU)...

Kim K Tewas, Bukan Lagi Individu Berpengaruh Di Instagram

BINTANG sensasi televisyen, Kim Kardashian yang popular menerusi siri Keeping Up With The Kardashians kini bukan lagi individu paling berpengaruh di laman sosial Instagram.

Mendahului individu ternama lain di laman itu sebelum ini, takhta Kim K kini telah dirampas oleh seorang lagi selebriti berpengaruh di Hollywood.

Taylor Swift berjaya atasi jumlah pengikut Kim K di laman instagram.
Taylor Swift berjaya atasi jumlah pengikut Kim K di laman Instagram.

Menduduki tangga ketiga pada bulan lepas, kini Taylor Swift yang juga seorang penyanyi berjaya mengatasi bintang-bintang terkemuka termasuk Kim K dan Beyonce.

Taylor, pelantun Wildest Dreams memiliki jumlah pengikut lebih 45.6 juta di Instagram.

TS

Beliau sekali gus telah ketepikan Kim K yang memiliki pengikut 45.5 juta dan Beyonce dengan jumlah pengikut 45 juta.

kIMK
Kim K tewas kepada Taylor Swift.

beyonce


Ternyata populariti Taylor Swift sekarang semakin mendapat perhatian sehingga berjaya mengumpul peminat yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia.

Namun, populariti Taylor di Instagram juga dikatakan turut dipengaruhi oleh kucing kesayangan comelnya yang dipanggil Meredith.

Taylor Swift dan kucingnya, Meredith Swift.
Taylor Swift dan kucingnya, Meredith Swift.

Di samping itu, selebriti lain yang tersenarai dalam Top 10 artis paling berpengaruh di laman Instagram adalah Justin Bieber, Selena Gomez, Nicki Minaj, Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Ariana Grande. – MYNEWSHUB.CC

Lagu baru, Wildest Dreams oleh Taylor Swift berjaya menarik perhatian orang ramai dan peminat.

Oleh: Syfq Akhir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori