Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AS Laksana Sekatan Ke...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas tiga firma di Malaysia dan...

Tidak Beradab! Berpakaian Seksi...

MELAMPAU… Seorang wanita sengaja menimbulkan provokasi dengan berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian kaki...

38 Buah Rumah, Sekolah...

KANGAR – Kejadian ribut yang melanda di wilayah ini petang semalam telah menyebabkan...

Perwakilan Gerakan Setuju Hadkan...

SHAH ALAM -- Lebih 1,000 perwakilan parti Gerakan hari ini sebulat suara bersetuju...

Kim K Bakal Timang Anak Perempuan

SEBELUM ini khabar angin bertiup kencang tentang berita Kim Kardashian dan suaminya, rapper Kanye West dikatakan bakal menimang cahaya mata ketiga mereka melalui kaedah ibu tumpang.

Kini pihak kedua-dua selebriti ini tekah mengesahkan bahawa pasangan ini bakal mendapat seorang lagi anak perempuan dan kandungan ibu tumpang itu kini sedang memasuki usia empat bulan.

Bayi nereka dikatakan bakal dilahirkan pada awal Januari tahun hadapan.

Menurut laporan The Daily Mail UK, Kim dan Kanye membayar sebuah agensi sebanyak AS$45,000 (RM 189,540) untuk mendapatkan khidmat ibu tumpang tersebut yang dikatakan seorang wanita keturunan Afro-Amerika dan berusia awal 30-an.

Namun ibu tumpang itu perlulah mengikuti rejim pemakanan dan kesihatan ketat yang disediakan oleh Kim sendiri bagi memastikan anak yang bakal dilahirkan itu sihat.

Bukan sahaja itu, malah ibu tumpang itu diharamkan daripada menggunakan nikotin, alkohol, dadah dan kafein bagi menjaga kesihatan bayi yang dikandung.


Kim dan Kanye mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan bernama North,4, dan Saint, 2, hasil perkahwinan mereka.

Seperti yang diketahui umum, punca bintang realiti Keeping Up With The Kardashians itu menggunakan khidmat ibu tumpang adalah kerana Kim mengalami komplikasi serius pada rahimnya yang menyebabkan dia dinasihatkan untuk tidak mengandung lagi.

Bahkan, semasa mengandungkan kedua-dua anaknya dahulu, Kim telah mengalami kondisi yang dipanggil placenta accreta atau kehamilan luar rahim yang manjadikan tempoh mengandungnaya amat sukar dan boleh membahayakan nyawa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori