Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daesh Kini Faktor Penyatu...

LIMA tahun selepas CIA membantu Revolusi Cedar dan Arab Spring yang membentuk kekacauan...

KJ Pesan Buat RTK...

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan orang ramai untuk...

Ikatan Minta Hentikan Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kesal dengan perbuatan pihak...

DOJ: PDRM Ambil Tindakan...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur...

#KidsNews: Bintang Pop Ulul Albab

UMAR Shakur Mohd. Haiccal berjaya mempersonakan lebih 600 tetamu terdiri pelbagai lapisan pemain industri pengiklanan TV ketika videonya membaca berita disiarkan pada Sesi Screening Soaring On Air TV AlHijrah 16 Februari lalu.

Video Umar menular pantas; selain comel dan nampak bergaya dalam mood set berita, kanak-kanak berusia lima tahun ini memberikan impak baharu pada tafsiran maklumat dan berita dalam konteks kanak-kanak.

Kanak-kanak akan memiliki siaran berita sendiri?

Ya! Mulai 17 Mac ini Umar akan muncul setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di TV AlHijrah menyampaikan berita 6 kali siaran sehari.

Umar antara ikon pop baharu yang bakal memberikan definisi kontemporari mengenai peranan dan impak kemunculan kanak-kanak di TV dalam bentuk lebih prominan dengan kyasa maklumat di tangan mereka.


Melalui konsep berita: Kanak-kanak Pencetus Minda Ulul Albab, Kids News akan membawakan siri laporan mengenai pendidikan, kesihatan, hak asasi, sains dan teknologi, gajet, pelaburan dan perkembangan dunia Islam.

Umar akan mencetuskan fenomena Bintang Pop Ulul Albab dengan menjadikan tema keislaman sebagai kunci penyebaran berita kanak-kanak.

Jangan lupa: Umar Haikal menanti anda 17 Mac ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori