Khazanah Sah Tutup Pejabat Di London

KHAZANAH Nasional Bhd. akan menutup pejabatnya di London, kata Pengarah Urusan, Shahril Ridza Ridzuan ketika mengesahkan perkara itu hari ini.

“Ya, kita akan uruskan aset-aset itu daripada ibu pejabat dan pejabat kami yang lain. Langkah itu sebahagian daripada penjimatan kos,” katanya kepada FMT.

Bulan lepas, Shahril memberitahu agensi berita Bloomberg bahawa pejabat berkos tinggi itu mungkin tidak sesuai dengan rancangan Khazanah dalam masa terdekat.

Pejabat di London itu, yang menempatkan 10 kakitangan, akan ditutup dan Khazanah juga akan mengecilkan operasinya di Turki.

Loading...