Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Galak Ternak Ikan...

LANGKAWI - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan nelayan mengusahakan projek tenakan...

Kriminal, Kisah Menarik Di...

BAGI yang gemar mengikuti perkembangan jenayah yang pernah gemparkan negara, nama Syahril A...

Jangan Gadai Masa Depan...

PEKAN - Rakyat perlu menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang...

8 Peg. Kastam Dituduh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa seramai lapan pegawai Jabatan...

Khayal Dadah Rempuh Suami Isteri Hingga Maut

TINDAKAN lelaki memandu kereta hingga memasuki laluan bertentangan menyebabkan suami isteri yang menaiki motosikal maut dirempuh di kilometer 5 Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat 7.15 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Wahadi Jamos, 62, dan isterinya Rokiah Jangi, 64.

“Saksi di tempat kejadian berkata pemandu kereta memandu dalam keadaan laju dan tidak menentu ke kiri dan ke kanan. Dipercayai pemandu dipengaruhi dadah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Tongkang Pechah dalam perjalanan ke bandar Batu Pahat dan apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta dari arah bertentangan memasuki laluan kanan jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut kedua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta tidak sedar diri dan dibawa ke Hospital Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kereta berkenaan melarikan diri sebaik tiba di hospital manakala seorang penumpang wanita yang belum dikenali masih truma dan dipercayai khayal akibat dadah sedang menerima rawatan pesakit luar.

“Pihak polis menasihati pemandu kereta yang juga dipercayai khayal dadah supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan ini,” katanya serta kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

Kategori