Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Viral Di Indonesia, Anak...

TIADA apa yang lebih menggembirakan pendakwah Indonesia, Ustaz Arifin Ilham melainkan berita anak lelaki...

Semak Warganegara Calon Parti...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa urusan semakan status kerakyatan...

PRN JOHOR : BN...

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) hampir pasti memenangi...

Wanita Dipenjara 5 Bulan,...

JOHOR BAHRU - Akibat sengaja menghalang tugas anggota polis dengan tidak memberi kerjasama...

Khat, Dong Zong Dan Perpaduan Kaum

KUALA LUMPUR – Isu khat sekarang ini betul-betul membuktikan bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.

Contohnya isu kaligrafi atau tulisan yang dirancang diperkenal sebagai satu daripada penyumbang kecil kepada perpaduan kaum, ia bagaimanapun berjaya dimanipulasi oleh pelbagai pihak dan akhirnya berubah secara drastik kepada isu perkauman hangat.

Sebagai negara berbilang kaum yang pada tahun ini menyambut 62 tahun kemerdekaan, ke arah mana rakyat Malaysia sebenarnya mahu bersatu padu dan membangunkan negara bersama?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata perbezaan antara kaum harus diraikan dan bukan dijadikan titik menzahirkan ketidaksefahaman.

Ikon Patriotik Hari Kebangsaan 2016 itu berkata perbezaan itu harus dianggap sebagai aset, bukannya liabiliti dan dalam isu seperti ini perlu ada faktor korban dan kompromi tanpa perlu mengira siapa yang perlu berkorban dan berkompromi.

“Saya fikir jika rakyat Malaysia kesemuanya mampu tingkatkan tiga nilai – faham, hormat dan saling terima – saya percaya isu seperti Dong Zong, khat, insiden jalan raya di Bangi Sabtu lalu yang dijadikan isu perkauman dan sebagainya tidak akan wujud.

“Kita harus boleh bezakan nilai kemanusiaan dan nilai politik kerana jika semua isu dipolitikkan maka penghujungnya adalah ketegangan sesama kaum yang kita harus hadapi,” kata Sivamurugan.

Sebelum ini Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.

Sebagai respons, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad semalam melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’ kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.


Sebagai tindak balas kepada tindakan Dong Zong, antara lain Pemuda (Armada) Bersatu dan Gerakan Pengundi Sedar melancarkan petisyen atas talian menggesa pengharaman Dong Zong yang masing-masing sehingga 3 petang semalam mendapat lebih 30,000 dan 87,000 sokongan.

Isu khat menjadi kontroversi dan mendapat pelbagai reaksi terutama di media sosial yang jelas menunjukkan syak wasangka antara kaum masih wujud di negara ini.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malek sebelum ini dilapor menafikan kerajaan cuba memperkenalkan pendekatan Islamisasi dan menyifatkan pembelajaran Jawi sebagai usaha menghargai warisan tulisan lama bahasa Melayu.

Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong tidak menafikan setiap episod yang berlaku berkaitan isu khat ini adalah tidak baik kepada perpaduan negara yang sekarang ini pun tidak berada dalam keadaan utuh.

Isu khat ini, kata beliau, sepatutnya sudah selesai selepas keputusan kerajaan memendekkan pendidikan khat daripada enam kepada tiga halaman, selain memberi pilihan waktu pembelajarannya namun Dong Zong tetap mahu meneruskan bantahannya melalui petisyen yang sedang diusahakannya.

“Sekolah vernakular di negara ini perlu ikut mendukung elemen negara dalam kadar yang munasabah iaitu dengan turut menjayakan aspirasi negara untuk mengangkat simbol Melayu sebagai lambang negara yang sama-sama dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan pada 1957,” katanya.

Langkah petisyen itu juga bersifat subversif kerana ia semacam serangan terhadap sistem sosiobudaya Melayu, yakni amalan Melayu yang telah dipersetujui bersama semasa Perjanjian Kemerdekaan antara Melayu dan bukan Melayu bahawa proses sosiobudaya Melayu menjadi identiti negara.

Kategori