Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Makin Digilai, Jo Schooling...

SEJAK kejayaannya menumpaskan jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps pada Sukan Olimpik...

Polis Halang Warga Korea...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia dengan pihak berkuasa lain...

Najib Terkejut, Sedih Serangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut...

4,261 PATI Ditahan Dalam...

KUCHING – Jabatan Imigresen Sarawak berjaya menahan 4,261 orang pendatang asing tanpa izin...

Khas Kepada Penyokong JDT Yang Bersedih!

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sedang bersedih.

Tunku Ismail dalam kenyataannya meminta seluruh penyokong JDT supaya sentiasa berfikiran positif di sebalik kekalahan JDT kepada pasukan Pahang 3-0 di Stadium Larkin semalam.

“Nasihat saya adalah sentiasa memberi tumpuan kepada perkara yang positif dan mengabaikan perkara yang negatif.

“Sentiasa ingat dalam kehidupan, ia tidak akan sentiasa hujan selama-lamanya. Dalam setiap malam yang gelap akan muncul hari yang terang, jadi terus pandang ke hadapan dan sentiasa senyum Keluarga JDT ku,” katanya.

Tunku Ismail meminta penyokong JDT mengingati sejarah JDT pernah kehilangan Piala Sumbangsih dan Piala FA awal musim tahun lalu, tetapi bangkit memenangi liga dan Piala Malaysia.

Kata beliau, tahun ini JDT telah bejaya menang Piala Sumbangsih dan terkandas dalam saingan Piala FA, namun masih ada kejuaraan liga dan Piala Malaysia untuk diperjuangkan oleh pemain dan penyokong pasukan itu.


JDT sejak beberapa bulan lalu bergelut dengan ketiadaan penyerang import apabila Jorge Pereyra Díaz meninggalkan pasukan itu atas isu peribadi, manakala Luciano Figueroa tidak dapat meneruskan khidmat kerana mengalami kecederaan.

Keadaan JDT lebih parah apabila Ulisses Morais yang membentuk pasukan JDT sebelum Liga Malaysia ini bermula terlebih dahulu melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih JDT pada Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori