Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Hamil Didenda RM1,000...

KUALA LUMPUR - Wanita hamil dua bulan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Cabrerra Pemain Import Baharu...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengambil bekas pemain kelab Al-Faisaly...

Video: Pemandu Samseng Tarik...

HANYA kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab...

Emas Sebenar Takraw Sukan...

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara...

Khalid Tawar 51 Jawatan Ahli Majlis PBT Pada Rakyat Selangor

Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan hari ini selepas mengambil kira senario politik semasa di negeri ini dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan.

Bagi mengisi kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri, MTES membuat keputusan supaya tawaran untuk mengisi sebahagian kekosongan itu dibuka kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

Kerajaan Negeri mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat dipertingkatkan selari dengan taraf negeri Selangor negeri maju,.


Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini.

Iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis ini akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
14 OGOS 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori