Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kepala Manusia Dalam Timbunan...

PARIT BUNTAR - Pengunjung premis perniagaan dan penduduk di Taman Wawasan di Parit...

Banduan Menyorok Dalam Peti...

Yekaterinburg (Russia) - Taktik seorang banduan mengelak hadir ke mahkamah nyata gagal apabila...

Cuepacs Harap PM Laksana...

SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana...

Terengganu Lancar Program Berbudi...

BESUT – Rakyat Terengganu digalakkan menjadi petani secara kecil-kecilan dengan berkebun di kawasan...

Khalid Bimbang Penyertaan Himpunan Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Pakatan Harapan (PH) didakwa amat bimbang dengan kehadiran orang ramai di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra esok.

Disebabkan itu, Khalid tidak habis-habis ‘meroyan’ berhubung isu bunting yang dipasang oleh UMNO, dakwa Datuk Seri Najib Razak.

“Mula-mula dia fitnah bahawa UMNO hanya pohon 150 gegantung (bunting) sambil tuduh UMNO penipu dan mempergunakan agama.

“Bila ditunjuk bukti, dia kata dia lebih percaya DBKL.

“Lepas tu dia kata DBKL meminta maaf kerana salah sebut 150 gegantung. tapi Khalid sendiri tak nak minta maaf walaupun kantoi menipu. (https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/posts/10156292314651436)

Last-last dia kata “kena tanya Najib”. Seolah-olah Najib yang salah lagi walaupun dia yang terkantoi memfitnah,” ujar Najib.


Sebenarnya, kata bekas perdana menteri itu, PH khususnya Parti Amanah Negara telah malu besar awal tahun ini apabila Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka tidak mendapat sambutan.

Walaupun tidak kurang daripada lima menteri hadir termasuk Khalid, jumlah Rakyat yang hadir amat kecil sehingga diketawakan oleh Netizen masa itu.

“Walaupun BERNAMA laporkan ada 2,000 orang yang hadir, netizens kira tak sampai 1,000 orang.

“Bila media tanya kenapa kehadiran sangat mengecewakan, Menteri PH hanya mampu jawab: “Faham mesej. Jangan tengok jumlah kehadiran”,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori