Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Bersimpati Dengan Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati...

Kemboja Tagih Kepakaran Tabung...

SEPANG - Keberkesanan Tabung Haji menguruskan jemaah haji Malaysia kini ditagih kerajaan Kemboja,...

Potensi Besar Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Industri kereta api Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang apabila...

Tiada Unsur Penderaan Pada...

KUANTAN - Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam rakaman video seorang wanita...

Khairul Hafiz Gagal Gandakan Emas, Aravin Raih Gangsa

KUALA LUMPUR – Hasrat raja pecut Asia Tenggara, negara, Khairul Hafiz Jantan untuk menggandakan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan larian di tempat keempat pada final 200m di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Malah, rakan senegaranya, G. Aravin Thevar mencuri tumpuan apabila meraih pingat gangsa dengan catatan masa 21.26s manakala Khairul Hafiz, yang memenangi acara 100m semalam, sekadar mencipta masa 21.28s.

Pelari Filipina, Antony Beram mencipta kejutan untuk muncul juara selepas melintas garisan penamat dalam masa 20.84s, mengatasi pencabar Thailand, Jirapong Meenapra, merangkul pingat perak dengan masa 21.22s.

Baru sebulan lalu, Khairul Hafiz atau digelar ‘The Speedy Jantan’ memecahkan rekod kebangsaan acara 200m milik Tan Sri Dr. M. Jegathesan (20.92s) berusia 49 tahun, selepas mencatatkan 20.90s pada Kejohanan Terbuka Malaysia di trek yang sama.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas berganda acara pecut adalah menerusi Nazmizan Muhammad di Sukan SEA 2003 di Vietnam dengan catatan masa 10.48s untuk acara 100m dan 21.05s bagi acara 200m.

Sementara itu, bagi acara 200m wanita, menyaksikan ulangan skrip acara 100m semalam apabila ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat perak kedua selepas mencatatkan 23.64s, di belakang Lu Tu Chinh dari Vietnam yang menang emas kedua dengan catatan 23.32s.

Juara bertahan Shanti Pereira dari Singapura pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mencatatkan 23.64s.

Zaidatul menjadi wakil tunggal negara dalam acara itu, apabila seorang lagi pelari, S. Komalam Shally digugurkan daripada skuad kebangsaan.

Bagi acara 100m semalam, Zaidatul meraih pingat perak selepas mencatatkan 11.74s, manakala emas menjadi milik Tu Chinh (11.56s) dan Shanti meraih gangsa dengan 11.76s.


Dalam pada itu, atlet negara Royson Vincent meraih gangsa bagi acara 800m lelaki pada penampilan sulung pada temasya dwitahunan itu dengan masa 1:50.76s, memperbaharui rekod peribadi terbaiknya iaitu 1:51.24s yang dibuat pada Terbuka Malaysia, bulan lepas.

Pelari Vietnam, Duong Van Thai mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi lepas di Singapura, dua tahun lepas, dengan catatan masa 1:48.97s, sekali gus gagal memperbaharui rekod kejohanan milik atlet negara, Samson Vallabouy (1:48.29s), pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Pingat perak menjadi milik pelari Filipina, Marco Vilog dengan masa 1:49.91s.

Jackie Wong Siew Cheer memulakan buruan emas olahraga hari ini selepas menjuarai acara baling tukul besi lelaki, diikuti oleh pingat emas acara 10,000m jalan kaki oleh Elena Goh Ling Yin.

Terdahulu, dua atlet muda negara, R. Kirthana dan Noor Shahidatun Nadia Zuki terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kelima acara lompat kijang, selepas masing-masing mencatatkan 13.19m dan 13.13m. – BERNAMA

Kategori