Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bangunan Baharu Galakkan Suasana...

KOTA MARUDU - “Kemudahan bilik makmal serta ruangan kelas yang besar di bangunan...

Kenaikan Gaji Untuk Kakitangan...

PUTRAJAYA - Kakitangan awam akan menerima gaji permulaan minima sebanyak RM1,200, melebihi paras...

KWSP Disaran Guna Lebih...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran menggunakan medium lain selain...

Dua Pesara Guru Rugi...

TAIPING - Dua pesara guru masing-masing mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM186,000 gara-gara terpedaya...

Khairil Nizam Dinobat Ketua Dewan Pemuda PAS

KUANTAN – Seperti dijangka, jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS kini disandang oleh Ir Khairil Nizam Khirudin yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti tahun ini.

Khairil Nizam menggantikan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tidak mempertahankan jawatannya.

Dua jawatan tertinggi lain iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda dan Naib Ketua Dewan Pemuda turut dimenangi tanpa bertanding oleh Ahmad Fadhli Shaari dan Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Selain itu, seramai 12 Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat turut dipilih daripada 16 orang yang bertanding.

Keputusan pemilihan bagi sesi 2019-2021 itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh di Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-60 hari ini.

Berikut ialah senarai penuh kepimpinan Pemuda PAS Pusat sesi 2019-2021:

Ketua Pemuda Ir Hj Khairil Nizam Khirudin

Timbalan Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari

Naib Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden

Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Akram Ikrami Taib Azamudden

2. Mohd Hafez Sabri

3. Muhtar Suhaili


4. Izwan Abdul Halim

5. Khairul Nazir Helmi Azhar

6. Roslan Md Esa

7. Mohammad Arifiriazul Paijo

8. Mohammad Nadzim Ahmad

9. Abdul Malik Abd Razak

10. Muhammad Fadzli Abu Bakar

11. Mohd Al Ghazali Abu Bakar

12. Juwahir Amin

Kategori