Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Cedera Ditetak Suami...

KUANTAN - Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau...

GOSSIP BERKAHWIN: Alyah Tertekan,...

KUALA LUMPUR - Teka teki mengenai status sebenar penyanyi Alyah yang kononnya sudah...

Dr Mahathir Mohon Kes...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran...

Kerana Gambar Throwback, Fathia...

NAMA pelakon Fathia Latiff bagaikan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi...

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME 2019) yang berlangsung malam tadi.

Penyanyi Siti Nordiana pula menepati ramalan apabila berjaya memenangi Top Top MeleTOP bagi kategori wanita.

Siti Nordiana atau Nana turut berjaya membawa pulang anugerah hos MeleTOP.

Sementara itu, pelakon Syafiq Kyle berjaya membawa pulang tiga trofi menerusi Anugerah Bintang Filem MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Bagi kategori Lagu MeleTOP menyaksikan penyanyi Haqiem Rusli menang dengan lagunya Jatuh Bangun.

Dalam pada itu, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Yusoff Al Qardawi memenangi kategori Si Cilik MeleTOP.


Penerima Anugerah Khas AME 2019 pula dianugerahkan kepada Datuk M. Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai Raja Gelek Malaysia di atas sumbangannya sebagai anak seni tanah air.

Senarai Pemenang AME 2019:
– Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar
– Top Top MeleTOP Wanita — Siti Nordiana
– Fesyen MeleTOP — Syafiq Kyle
– Si Cilik MeleTOP — Yusoff Al Qardawi
– Artis Baharu MeleTOP — Eyra Hazali
– Couple MeleTOP — Nur Fazura & Fattah Amin
– Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA
– Grup/Duo MeleTOP — Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
– Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar
– Lagu MeleTOP — Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
– Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
– Drama MeleTOP — Lelaki Kiriman Tuhan
– Pelakon TV MeleTOP — Syafiq Kyle
– Hos MeleTOP — Siti Nordiana
– Artis Lawak MeleTOP — Jep Sepahtu
– Penyampai Radio MeleTOP — Johan
– Filem MeleTOP — Munafik 2
– Bintang Filem MeleTOP — Syafiq Kyle
– Anugerah Khas MeleTOP — Dato’ M. Daud Kilau

Kategori