Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Asap Debu Letusan Gunung...

KUALA LUMPUR - Tiupan angin barat daya yang lemah dari Sumatera tidak akan...

Kebolehjangkitan COVID-19 Ketika PKPB...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan memaklumkan nilai 'R naught' (R) atau kebolehjangkitan COVID-19 bagi...

Lelaki Maut Sesak Nafas...

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut setelah tempat sembahyang di rumah teres dua...

Covid-19: 1,544 Kes Baru,...

Sebanyak 1,544 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul...

Khabib Umum Bersara!

KEPUTUSAN mengejutkan datang dari Khabib Nurmagomedov setelah mengalahkan Justin Gaethje dalam pertarungan penyatuan untuk gelaran juara ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) 254, pagi ini.

Pejuang Rusia itu memutuskan untuk mengundurkan diri selepas perlawanan di Flash Forum, Abu Dhabi, Uni Emiriah Arab.

Khabib hanya memerlukan dua pusingan untuk mengalahkan Gaethje.

Dia melakukan kunci dengan teknik tercekik segitiga dan menang dalam masa 1 minit 34 saat.

Bercakap kepada wartawan di oktagon, Khabib mengaku itu akan menjadi pertarungan terakhirnya kerana beliau sudah berjanji kepada ayah dan ibunya.

“Saya tidak mungkin berada di sini tanpa ayah saya,” kata Khabib seperti dilaporkan oleh The New York Times.

Ayah Khabib yang melatihnya sejak kecil, Abdulmanap, meninggal pada bulan Julai 2020. Khabib memberitahu ibunya bahawa beliau tidak akan meneruskan kariernya tanpa ayahnya sebagai jurulatihnya.


“Saya berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya. Saya harus mengikutinya,” katanya.

Ini menjadikan Khabib bersara dengan catatan yang sempurna.

Beliau mempunyai rekod 29-0 atau menang dalam semua pertarungan.

Selamat bersara juara dan lagenda terhebat! – Mynewshub.TV

Kategori