Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Skuad Badminton Tambah 2...

SINGAPURA - Skuad badminton negara menambah dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki...

Salleh Cabar Tun M...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr. Mahathir...

Dihukum Gantung Sampai Mati...

TAIPING – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala rakannya dihukum penjara...

Impian Lelaki Mahu ‘Mati’...

SEORANG pemandu teksi yang memasang hajat untuk tidak diletakkan di dalam keranda sebaliknya...

Khabar Angin Azhar Azizan Mahu Letak Jawatan Bertiup Kencang

SHAH ALAM – Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu melepaskan jawatan susulan perkembangan terkini di Parlimen.

Menurut sumber, perkara itu menjadi bualan dalam kalangan kakitangan Parlimen.

“Ada pihak akan dijadikan kambing hitam dalam krisis yang berlaku ini.

“Sama ada Azhar Azizan atau pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tetapi ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan selepas Parlimen berhenti bersidang pada pukul 1 petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti.


Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lepas tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, Sidang Khas Parlimen terpaksa dihentikan selepas mendapat desakan daripada ahli-ahli Parlimen. – Sinar Harian

Kategori