Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Netizen Anti-Islam Kutuk Giant...

SETELAH berjaya kecam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana berdakwah terhadap usahawan kosmetik...

Tumec Lancar Program Ke-3...

DUNGUN - Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang di sini akan...

Afidavit Kematian Adib Tidak...

KUALA LUMPUR - Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara mengatakan kematian anggota bomba,...

Polis Hubung Interpol Mengenai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan berhubung laporan penahanan...

Kewujudan Slot Temu Janji Melebihi Jumlah Vaksin?

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman , Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, susulan itu satu siasatan kini sedang dijalankan berhubung laporan yang dibuat petugas PPV berkenaan.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Polis kini dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi berkaitan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Kamaruddin berkata, selaras dengan usaha untuk memastikan program imunisasi Covid -19 berjaya direalisasikan orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan.


“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya. – myMetro Online

Kategori