Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Ada Sindrom...

BEBERAPA hari selepas batalkan ECRL, TSPG termasuk akan tamatkan BRIM, kini orang asing...

2 Maut, 7 Parah...

PETALING JAYA - Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga...

Hospital Swasta Diarah Tambah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan sebuah pusat perubatan swasta di Jitra, Kedah...

Operasi Tren JB Sentral-Kempas...

JOHOR BAHRU : Operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas...

Ketupat Palas Laris Di Hari Raya

ALOR SETAR – Menjadi tradisi masyarakat di negeri ini menghidangkan ketupat daun palas sebagai antara juadah utama setiap kali hari raya, baik Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Menyedari hakikat itu, Jamilah Ismail, 27 dan ibunya Rosniah Man, 52 dari Kuala Nerang dekat sini sanggup datang datang ke bandar raya ini bagi menjual ketupat palas.

“Sejak semalam saya dan ibu datang ke sini. Alhamdulillah, kami dapat jual kira-kira 75 kilogram ketupat palas dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 semalam. Ketupat palas ini ada yang kami rebus di sini dan ada yang dijual tanpa direbus ikut pilihan pembeli,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Jamilah berkata antara ketupat palas yang mendapat permintaan tinggi ialah ketupat kosong (tanpa inti), ketupat jagung, ketupat kacang dan ketupat pulut hitam yang dijual pada harga RM28 hingga RM34 sekilogram.

Katanya dia turut menyediakan rendang daging dan ayam serta serunding pada harga RM10 bagi setiap bekas.

Katanya selain untuk hari raya, dia juga menerima tempahan di luar musim perayaan daripada penggemar juadah itu.


“Sudah tujuh tahun kami menjual di sini dan untuk tahun ini kami mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan ibu yang tinggal di Brunei. Setakat ini ketupat yang dihantar dapat sampai dengan selamat dan tak basi,” katanya.

Seorang pembeli, Anuar Hassan, 56 berkata ketupat palas adalah menu wajib rakyat Kedah pada hari raya.

Katanya ketupat palas unik kerana selain rasanya yang lemak, juadah ini juga mempunyai aroma tersendiri yang mampu membangkitkan selera.

“Hari ini saya beli dua kilogram ketupat palas untuk dimakan bersama keluarga dan selebihnya dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah esok. Setiap kali hari raya saya tetap beli ketupat ini selain sedikit lemang,” katanya.

Esok, umat Islam akan menyambut Aidiladha. – BERNAMA

Kategori