Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Polis Kenalpasti 16 Lokasi...

SUNGAI PETANI - Sebanyak 16 lokasi panas dikenalpasti di daerah Kuala Muda, membabitkan...

5 Ditahan Seludup Wanita...

Bangkok - Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara...

Penguasaan Bahasa Inggeris Penting...

KUALA LUMPUR - Penguasaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik amat penting...

Mukhriz Atau Buku 1MDB...

1. SIAPA sebenarnya yang menipu? Buku penjelasan isu 1MDB atau Mukhriz Mahathir? Semasa...

Ketua Wanita PKR Mengaku Ada 7 Kereta

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa hari berlalu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin akhirnya mengaku beliau memiliki sebanyak tujuh buah kereta pelbagai jenama yang didaftarkan dibawah namanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang bagaimanapun mendakwa kononnya kesemua kereta berkenaan adalah untuk kegunaan ahli keluarganya dan parti PKR.

Sehubungan itu, Zuraidah memberi amaran sedang mendapatkan nasihat peguam kerana mendakwa kononnya pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas pemimpin PKR tersebut bermotifkan politik.

“Walaupun tujuh kereta dan sebuah motosikal didaftarkan dibawah nama saya, bukan saya seorang ‘beneficial owner’.

“Hanya satu kereta digunakan oleh saya manakala tiga lagi digunakan oleh ahli keluarga yang turut membantu menjelaskan (wang) pembelian dan hutang pinjaman,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zuraidah seterusnya mendakwa, baki tiga kereta miliknya itu digunakan untuk kegunaan parti sambil mendakwa kesemua kereta terbabit bukan kereta mewah sebaliknya kereta buatan Jepun.

“Ini bukan kenderaan mewah. Kebanyakannya model Jepun termasuk sebuah van dan trak pikap,” dakwanya lagi.


Sebelum ini, bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa Ahli Parlimen Ampang itu.

Justeru beliau menggesa Zuraidah tampil membuat penjelasan namun Ketua Wanita PKR itu cuma mendiamkan diri selepas beberapa hari pendedahan berkenaan dibuat.

Chegubard kini memimpin pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sebelum ini sebuah pergerakan bersifat propembangkang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori