Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Jual Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu...

Najib Persoal Putrajaya Sedia...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan kesediaan Putrajaya mempertimbangkan...

Leoncino 500 Taruhan Terbaharu...

PASTINYA peminat motosikal di negara ini tentu berasa amat teruja dengan taruhan terbaharu...

Ahli Perniagaan Maut, Kediaman...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan jual beli hartanah bergelar Datuk meninggal dunia...

Ketua Polis P. Pinang Mahu Siasatan Menyeluruh Kematian Anggota

BALIK PULAU – Polis Pulau Pinang berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian seorang anggota Cawangan Khas yang mayatnya ditemui di depan sebuah hotel di Pulau Tikus semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Seri A. Thaiveegan berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah serta bahagian disiplin untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kejadian.

“Kami pandang serius kes ini dan saya telah arahkan siasatan menyeluruh merangkumi beberapa aspek bagi menentukan sebab anggota ini berada di situ dan siapa arahkan dia ke sana,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, polis dimaklumkan tentang penemuan mayat lelaki di tepi jalan di depan hotel itu pada 4.45 pagi yang kemudian dikenal pasti sebagai Kpl Sofian Sahari, 47, anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Siasatan awal mendapati Allahyarham dipercayai terjatuh dari bangunan hotel berkenaan selepas menghadiri sambutan hari jadi rakannya yang juga anggota Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Pada masa sama, Thaiveegan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian.


“Kami akan maklumkan kepada orang ramai apabila siasatan selesai,” katanya menambah polis telah mengambil keterangan saksi sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Thaiveegan berkata pihaknya telah menyerahkan laporan siasatan kejadian tanah runtuh di tapak projek lebuh raya Jalan Bukit Kukus pada 19 Okt lalu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya turut diserahkan ialah laporan siasatan kes seorang koperal polis menembak mati lelaki yang cuba menyerangnya dengan pisau pemotong buah dalam kejadian 23 Nov lalu di Jalan Ria berhampiran Komtar.

Terdahulu, bersempena persaraannya pada penghujung bulan ini, Thaiveegan mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan anggota dan pegawai di IPD Barat Daya di sini. – BERNAMA

Kategori