Ketua Hakim Negara Baharu Diumum Hujung Minggu Ini

PUTRAJAYA – Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu akan diumumkan menjelang hujung minggu ini, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri berkata, kerajaan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Raja-Raja berhubung pelantikan tersebut.

“Saya jangka akan dapat diketahui hujung minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan bekas Exco Johor, Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu.

“Saya rasa beliau sudah menerima surat pelantikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...