Ketua Dewan Ulamak PAS Kemalangan

BIDOR – Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh cedera dalam satu kemalangan berhampiran Bidor hari ini.

Difahamkan, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh itu hanya cedera ringan di kaki dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 1.02 petang.

Katanya pihaknya segera mendapatkan bantuan dari anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kemalangan, didapati sebuah kereta jenis Mercedez Benz terbabas di bahu jalan.

“Kenderaan itu dinaiki oleh YB Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dikatakan dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Lumpur dan mangsa yang berseorangan dalam perjalanan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Tapah bagi rawatan susulan. – Astro AWANI

Loading...