Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pejuang Militan Kerdil….Jadi Tumpuan

Senapang yang dipegangnya hampir sama ketinggian namun ia tidak menghalang lelaki ini, yang...

Kes Dadah: Anak Husam...

KOTA BHARU - Anak lelaki Datuk Husam Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Syatilla, Sam Hanya Duta,...

KEGAGALAN pihak pembekal menyiapkan baju raya pelanggan menyebabkan pasangan Syatilla Melvin dan Shahaizy...

Najib Selesai Rehabilitasi, Kembali...

REMBAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dibenarkan keluar...

Ketibaan Ramadan Disambut Suram

RIYADH – Umat Islam di seluruh Asia Barat bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan, namun kali ini dalam suasana suram tanpa solat berjemaah di masjid dan majlis berbuka puasa susulan pandemik COVID-19.

Berjuta-juta penduduk rantau ini merentasi Arab Saudi dan Lebanon hinggalah ke zon peperangan di Libya, Iraq serta Yaman, terpaksa berkurung akibat penularan wabak itu.

Mereka rata-rata cukup sedih berikutan larangan untuk menunaikan solat berjemaah, termasuk sembahyang tarawih, di masjid seluruh rantau ini yang banyak ditutup bagi mengekang penyebaran virus berkenaan.

Pihak berkuasa agama di beberapa negara, termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh, menetapkan bahawa solat ketika Ramadan dan Aidilfitri ditunaikan di kediaman masing-masing.

“Hati kami sedang menangis.

“Kita biasa melihat masjid suci ini padat dengan jemaah pada waktu siang, malam, sepanjang masa… saya berasa amat sedih dan pilu,” kata muazin Masjidil Haram di Makkah, Ali Mulla.

Beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan Tanah Suci Makkah lengang berbanding keadaan biasa selama ini yang lazimnya dipenuhi puluhan juta jemaah dari seluruh dunia.

Ramadan adalah bulan mulia yang menjadi sering menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan umrah, namun Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara ibadat itu pada bulan lalu susulan penularan COVID-19.

Malah, musim haji pada akhir Julai depan, berkemungkinan turut dibatalkan untuk kali pertama dalam sejarah moden selepas Arab Saudi menggesa umat Islam supaya menangguhkan sementara persediaan menunaikan ibadat itu.

Mufti Besar Wilayah Palestin dan Baitulmaqdis, Muhammad Hussein, turut mengumumkan larangan sama perihal solat pada Ramadan ini, di samping menasihati orang awam supaya mengelakkan daripada berkumpul melihat anak bulan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sekatan berkenaan sejajar gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya negara ‘melarang orang ramai berhimpun di lokasi berkait aktiviti Ramadan seperti tempat hiburan, pasar dan kedai’.

Kesan wabak sekali gus menyebabkan rata-rata perniagaan terjejas teruk, termasuk pengusaha katering yang lazimnya menerima banyak tempahan ketika Ramadan sebelum ini.

Sebaliknya, ramai umat Islam mengalihkan fokus bajet beli-belah mereka pada Ramadan ini untuk menambah stok topeng muka, sarung tangan dan peralatan perlindungan diri lain bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.


“Saya telah menyimpan wang untuk membeli-belah pada Ramadan. Namun, saya terpaksa membelanjakannya untuk membeli barang diperlukan bagi kuarantin dan melindungi diri daripada virus itu.

“Tahun ini, tiada majlis mahupun kunjung-mengunjung… saya terasa seolah-olah kita dikepung oleh virus itu di mana saja kita pergi,” kata Younes, 51, yang bekerja di sebuah kedai pakaian di ibu kota Syria, Damsyik.

Minggu lalu, Iran membenarkan beberapa perniagaan untuk dibuka semula walaupun negara itu adalah antara negara paling terkesan dengan wabak berkenaan di Asia Barat.

Ramai rakyatnya terpaksa berdepan pilihan pahit antara risiko jangkitan dengan keperitan ekonomi.

Statistik rasmi menunjukkan virus itu telah meragut lebih 5,000 nyawa dan menjangkiti lebih 80,000 orang di Iran, namun angka sebenar dilihat berkemungkinan lebih tinggi.

Pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei pula merayu rakyat Iran agar menunaikan solat di rumah ketika Ramadan, selain menggesa mereka supaya ‘tidak mengabaikan ibadat, doa dan sifat rendah hati dalam waktu kesepian’.

Bagaimanapun di ibu kota Mesir, Kaherah, lorong jalanan dan pasar masih meriah dengan perhiasan sempena Ramadan serta lentera berwarna-warni dikenali sebagai ‘fawanee’.

Dalam pada itu, WHO dalam senarai saranannya menjelaskan, tiada kajian dilakukan berhubung puasa dengan risiko jangkitan COVID-19.

“Mereka yang sihat boleh berpuasa pada Ramadan ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Pesakit COVID-19 pula boleh mempertimbangkan kebenaran agama mengenai berbuka puasa atas nasihat doktor sebagaimana yang mereka lakukan untuk penyakit lain,” katanya. – Agensi

Kategori