Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiga Exco PAS Tetap...

SHAH ALAM - Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada...

Mangsa Kemalangan Bas Pekerja...

BAGAN SERAI - Jenazah Noriah Kasa, 40, mangsa yang maut dalam kemalangan bas...

Baik Pulih Tebing Runtuh...

GEORGE TOWN - Kerja-kerja membaik pulih tebing di Jalan Bukit Lama dari Bayan...

JPS Kumpul Maklumat Baharu...

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan...

Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D’Walei Menghiburkan

TEATER muzikal Mak Cun D’Walei merupakan sebuah teater yang sarat dengan pengajaran yang diterjemahkan dalam elemen santai dan lucu serta menghiburkan.

Pada versi teater Mak Cun kali ini, Erma dilihat bermain isu semasa seperti kenaikan harga minyak, isu kurang kesedaran orang ramai tentang pendaftaran sebagai pengundi, masa depan perniagaan industri kecil sederhana dan beberapa lagi isu yang dekat dengan masyarakat.

Selain isu semasa, Erma ternyata bijak menarik perhatian peminat drama bersiri Mak Cun dengan mengetengahkan tema Bollywood sebagai elemen penting bagi pementasan teater kali ini disamping penggunaan lagu-lagu Bollywood yang popular seperti Janam Janam dan Kuch Kuch Ho Ta Hai.

Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D'Walei Menghiburkan Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D'Walei MenghiburkanKetengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D'Walei Menghiburkan

Malah ia juga merupakan kesinambungan kisah Mak Cun dalam usaha membangunkan perusahaan industri kecil dan sederhana serta mengembangkan bisnes rempah ratus hingga sanggup mengembara jauh ke negara India.

Bagaimanapun, permulaan Mak Cun D’Walei bermula agak perlahan namun lakonan mencuit hati Umie Aida dan Balkish di atas pentas menyelamatkan babak tersebut.

Elemen tarian Bollywood yang disuntik ke dalam teater kali ini dilihat sebagai satu kejayaan kerana rata-rata hadirin di Panggung Sari Istana Budaya dilihat cukup terhibur dengan lagu dan tarian yang dipersembahkan.

Selain itu, rekaan kostum yang simple namun cukup menyerlah untuk menghidupkan ciri penduduk kampung dan Bollywood patut dipuji di samping penggunaan pentas yang kemas dan teratur.


Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D'Walei Menghiburkan

Teater ini turut menampilkan legenda rock tanah air iaitu Amy Search yang merupakan pertama kali beraksi di pentas teater selain barisan pelakon sedia ada seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, dan Balkish Semundur Khan.

Malah Erma turut menampilkan seorang pelakon kacak yang diterbangkan khas dari Pakistan, Saim Ali yang membawakan watak sebagai Rahul.

Teater Muzikal Mak Cun D’Walei akan dipentaskan sehingga 13 November depan. Dapatkan tiket teater ini pada harga RM36, RM76, RM86, RM106, RM156 dan RM256 menerusi laman web www.airasiaredtix.com. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori