Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Semuanya Mahal Sekarang, Poket...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta segera menangani isu kenaikan sara hidup yang membebankan...

Percaturan Politik Azmin Mula...

SHAH ALAM : Hasil ‘air tangan’ bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed...

IPhone X Lancar Di...

SINGAPURA - Telefon pintar terbaharu iPhone X - iaitu model tercanggih pernah dikeluarkan...

Isu Nasional Diyakini Tak...

KUCHING - Isu-isu nasional diyakini tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Santubong...

Ketegangan Kecil Di PKR Cabang Pasir Mas

PASIR MAS – Proses pemilihan kepimpinan baharu PKR cabang ini berjalan lancar walaupun wujud sedikit ‘ketegangan’ kecil sebelum proses tersebut bermula.

Ketegangan kecil itu dikatakan berpunca daripada salah seorang wakil calon yang tidak berpuas hati dengan sebuah meja yang diletakkan di kawasan pusat mengundi di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Yok Eng.

Bagaimanapun, isu tersebut tidak berlarutan dan proses pengundian yang bermula pada pukul 10 pagi itu kemudiannya berjalan lancar.

Terdahulu, ahli PKR cabang ini mula memenuhi perkarangan SJKC Yok Eng seawal pukul 8 pagi bagi menjalankan tanggungjawab memilih kepemimpinan baharu mereka.

Sementara itu, calon Ketua Cabang Pasir Mas, Datuk Muhamad Azmi berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan tersebut.

Beliau berharap lebih ramai ahli akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab tersebut demi kelangsungan parti. – UTUSAN ONLINE

Kategori