Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Beg Sandang Anti Kecurian...

Pernahkah anda melihat seorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan?Ya,...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan langkah kerajaan DAP...

Penggunaan Paxlovid Rawat COVID-19...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemberian ubat bagi rawatan COVID-19, Paxlovid keluaran...

Lagi Tren LRT Terbakar.....

PENUMPANG Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini digemparkan dengan dua kejadian kebakaran berlainan apabila...

Keserasian PAS-UMNO Makin Terserlah

KUANTAN – Selepas hadir pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Terengganu pada September tahun lalu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi berbuat demikian pada program sama tahun ini yang diadakan di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Komitmen UMNO hadir pada program tahunan PAS itu menzahirkan hubungan antara dua parti itu semakin terserlah dan serasi khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain Asyraf yang lengkap berbaju Melayu Merah, turut hadir beberapa exco pergerakan itu.

Hadir pada muktamar itu Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Shahir Adnan.

Pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Ke-59 pada 15 Jun lalu, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar hadir sebagai wakil pergerakan berkenaan.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-60 berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan dihadiri oleh 721 perwakilan dari 179 kawasan PAS di seluruh negara.


Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang merupakan kemuncak persidangan tahunan tersebut berlangsung tiga hari bermula 21 Jun ini di Dewan Sukpa di sini manakala Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat pada 15 Jun lalu di Pusat Konvensyen BGRC dan Muktamar Dewan Ulama PAS pula pada 20 Jun di Wisma Belia lndera Mahkota di sini. – UTUSAN ONLINE

Kategori