Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Orang Melayu Tolak MN@PN

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa cuma beberapa...

Dua Direman 7 Hari...

PUTRAJAYA - Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di...

‘Pasti Kau Milikku’ Penuh...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pretty Ugly, yang telah sekian lama menyepi, tampil dengan...

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna...

PUTRAJAYA - Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri...

Kesan Covid-19 Tak Beri Impak Kepada RMK-12

PELABUHAN KLANG – Kesan akibat wabak koronavirus (Covid-19) dilihat tidak memberi impak negatif kepada pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, RMK-12 adalah rancangan ekonomi jangka panjang dan ketika ini kerajaan sedang membuat kajian pelan pemulihan ekonomi yang disasarkan dan dijadual dibentangkan pada hujung bulan ini.

“RMK-12 adalah pelan ekonomi jangka panjang iaitu lima tahun (2021-2025). Jadi, kesan daripada Covid-19 tidak akan menjejaskan RMK-12.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Belanjawan 2021 yang dijangka diumumkan sama ada pada bulan Oktober atau November ini harus mengambil kira faktor ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pelabuhan Utara di sini hari ini.

Menurutnya, penyediaan Belanjawan 2021 lebih menumpukan kepada usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

“Kesan pandemik Covid-19 menyebabkan kerajaan merancang ekonomi menerusi beberapa fasa, di mana ketika pembentangan Belanjawan 2021 nanti, ekonomi negara sedang melalui fasa ‘dihidupkan semula’.

“Pembentangan Belanjawan 2021 dilihat sebagai fasa kelima yang mana ia adalah tempoh untuk mengaktifkan semula ekonomi. Untuk makluman, fasa pertama adalah fasa menyelesaikan (resolve), iaitu ketika negara memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Katanya, fasa kedua adalah daya tahan (resilience) babitkan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang memberi fokus kepada rakyat dan sektor ekonomi.


“Fasa ketiga adalah sekarang iaitu masa memulakan semula ekonomi. Ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat kesannya.

“Jadi, perancangan kerajaan pada hujung bulan ini iaitu pengumuman pelan pemulihan ekonomi adalah fasa keempat yang juga pelan enam bulan bagaimana kita mahu memulihkan semula ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka lebih rendah seperti diunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak -2 peratus hingga -0.5 peratus pada bulan lepas.

Unjuran BNM itu berdasarkan kepada pelaksanaan awal PKP dan disebabkan PKP dilanjutkan lebih daripada dua minggu, prestasi ekonomi negara dijangka turun lebih daripada -2 peratus.

“Untuk tahun ini, semuanya bergantung kepada bagaimana kita tangani pandemik Covid-19. Sektor ekonomi kita juga sudah dibuka secara beransur-ansur dan diharapkan dapat memperbaiki ekonomi negara

“Lebih cepat kita tangani wabak itu, lebih cepat kita dapat membangunkan semula ekonomi negara,” katanya.

Kategori