Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Tinggal Bayi Dalam...

LOS ANGELES - Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana meninggalkan...

Vaksin Covid-19 Dijangka Siap...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa...

Video: Budak 12 Tahun...

KUALA LUMPUR - Seorang murid tahun enam nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki...

Hoi Rafidah Aziz! Apa...

TAN SRI RAFIDAH Aziz memang terkenal kerana gincu merah menyala dan rantai mutiara....

Kesalahan Rogol Dalam Perkahwinan Sukar Dibuktikan

KUALA LUMPUR – Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan kerana ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata sekiranya kes berkaitan rogol dalam perkahwinan dibawa ke mahkamah, pesalah lebih cenderung untuk dilepaskan berbanding disabitkan dengan kesalahan.

“Sebab itulah kerajaan mengambil kira semua faktor dan kerajaan merasakan belum tiba masanya untuk menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan.

“Bagaimanapun, sekiranya ada kes-kes yang melibatkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375 A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak-hak wanita dijamin oleh pihak kerajaan,” katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berkenaan rogol dalam perkahwinan, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan daripada mana-mana pihak sama ada orang Islam mahupun bukan Islam bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kes rogol dalam perkahwinan kerana ia merupakan isu yang merentasi agama. – BERNAMA

Kategori