Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Terakhir Letupan Pencawang...

Kuala Lumpur - Mangsa terakhir daripada tiga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang...

Mariah Carey Digelar Ahli...

PENYANYI antarabangsa, Mariah Carey yang terkenal dengan sifat divanya dikatakan mempunyai masalah dengan...

Pembantu Perubatan Maut Terjun...

IPOH - Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari...

Spa Urutan Ular Sawa...

 Jika dahulu, orang ramai mendapatkan khidmat urutan bagi memulihkan penyakit tertentu.Kini,urutan juga merupakan...

Kesal Tak Tahan Baran Waktu Umrah, Waris Baiki Diri

SETIAP umat Islam di muka bumi pastinya mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan berharap supaya segala perjalanan dan ibadah dipermudahkan oleh-Nya.

Namun, bagi penyanyi rap, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, dia akui bahawa dirinya masih belum lagi mampu membuang sikap panas baran walaupun ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

“Saya ke sana membawa niat untuk buang sifat panas baran. Biarpun cuba sedaya upaya lawal, saya tewas apabila berlaku insiden yang buat gagal mengawal kemarahan,” katanya dipetik portal BH Online.

Penyanyi lagu Rembau Most Wanted itu memberitahu bahawa dia nyaris bertumbuk dengan seorang lelaki berbangsa Arab hanya disebabkan laluannya kebetulan telah dihalang oleh individu berkenaan.

Rasa kesal terus menebal di dalam dirinya walaupun ia merupakan kunjungan kali keduanya di Tanah Suci itu.

“Saya nyaris bertumbuk dengan lelaki Arab kerana menghalang laluan saya untuk mengucup Hajarul Aswad. Mujur ada pengawal yang menarik kami keluar untuk meleraikan ketegangan.

“Saya kesal kerana tidak mampu tahan sabar apabila diuji di Tanah Suci. Namun, saya bersyukur kerana hasrat untuk mengucup Hajarul Aswad akhirnya dimakbulkan Allah selepas solat Isyak pada hari sama,” tambahnya lagi.

Malah, penyanyi yang juga merupakan seorang usahawan itu juga tidak hanya diuji ketika berada di sana, dia turut diuji semasa dalam perjalanan untuk ke Kota Makkah.

Kakinya telah membengkak secara tiba-tiba sehingga menyebabkan dia terpaksa membeli kasut baharu kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.


“Ketika dalam pesawat untuk aktiviti ziarah di Turki, kaki kiri saya tiba-tiba bengkak. Saya tidak boleh pakai kasut yang dibawa dan terpaksa membeli sepatu baharu,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, anak jati Rembau, Negeri Sembilan itu turut mengangkat tangan tanda kesyukuran kepada Allah kerana segala urusannya ketika di sana telah dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Keberangkatannya ke sana telah ditemani oleh isteri dan sembilan lagi ahli keluarganya yang lain.

“Sudah lama saya berhasrat untuk membawa keluarga dan mentua ke sana. Lebih lima tahun saya menyimpan duit untuk melunaskan niat itu. Saya mahu menggembirakan keluarga dengan cara ini.

“Kita pun tidak tahu bila lagi akan mendapat rezeki menjadi tetamu-Nya,” katanya yang kini sudah enam tahun melibatkan diri dalam dunia seni suara.

Kini, Waris baru sahaja muncul dengan single baharunya berjudul Basmallah pada Khamis lalu.

Sehingga hari ini ini, muzik video lagu berkenaan telah mencecah 40,000 jumlah tontonan di laman YouTube. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori