Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Sejahterakan Rakyat Secara...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan agenda pembangunan negara memberikan kesejahteraan...

Perlis Tewas 0-1 Kepada...

KANGAR – Perlis gagal mengekalkan rentak kemenangan yang diimpikan apabila tewas kepada UiTM...

Tony Fernandes Janji Iringi...

Biarpun belum ada pengesahan rasmi mengenai identiti mayat yang memakai pakaian seragam pramugari...

Pos Malaysia Jual Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu...

Kes Zahid: Pihak Pendakwaan Tutup Kes

KUALA LUMPUR – Selepas 99 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu demikian kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah selepas saksi pendakwaan terakhir, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairudin Kilau, 44, selesai memberikan keterangan.

Terdahulu Raja Rozela memaklumkan pihak pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan antaranya ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yassin.

Hakim Sequerah memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 28 Mei 2021 dan mengemukakan jawapan balas pada 11 Jun ini.

Mahkamah turut menetapkan 28, 29, 30 Jun dan 1 hingga 2 Julai ini untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintahkan untuk membela diri. – BH Online

Kategori