Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PM Belanda Tiba Untuk...

SEPANG - Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte tiba di sini hari ini untuk...

Boleh Dibatal Jika Gagal...

KUALA LUMPUR - Persatuan atau pertubuhan berdaftar yang melakukan aktiviti yang melangkaui perlembagaan...

DAP Tidak Wakili Semua...

KUALA LUMPUR - DAP tidak mewakili suara semua bukan Islam di negara ini,...

Waspada Scam Skim Persaraan,...

PETALING JAYA - Kumpulan profesional di puncak kerjaya, anak muda berpendidikan dan mereka...

Kes Zahid: Ahli UMNO Diminta Bertenang

TENANG… Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO agar bertenang dan ambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan kes presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ini termasuk kemungkinan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya dan spekulasi pendakwaan yang berkaitan di mahkamah.

“Saya pasti ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia mengikut rapat perkembangan berkaitan Datuk Seri Ahmad Zahid oleh SPRM. Saya menyeru agar kita tidak terburu-buru dalam segala kenyataan, tindakan dan perlakuan kita.

“Kita mesti hormati pelaksanaan proses undang-undang dan menaruh keyakinan bahawa ia akan dilunaskan dengan cara selari dan bersesuaian dengan keluhuran undang-undang dan sifat Malaysia sebagai negara hukum,” katanya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam satu kenyataan media di ibu negara hari ini berkata, susulan beberapa siri siasatan, wujud spekulasi Ahmad Zahid akan didakwa tidak lama lagi.

“Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini. Saya dan kepimpinan UMNO percaya perkara ini mesti dilihat secara terbuka dan objektif.

“Ia tidak seharusnya dispekulasi dan jadi modal untuk tabur pelbagai persepsi salah dan tidak berasas. Apa lebih penting, ahli UMNO mesti bertenang dan ambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan semua ini,” ujarnya.

Susulan daripada perkembangan ini juga, kata Mohamad, pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut akan mengadakan mesyuarat segera untuk bincangkan perkara ini dengan lebih mendalam sebelum tindakan susulan.


“Ini khususnya bagi putus hala tuju dan tindakan selanjutnya. Apa jua keputusan MKT akan jadi pendirian dan panduan untuk semua ahli parti. Apa yang pasti, saya dan kepimpinan UMNO memberi jaminan.

“Bahawa penahanan (Ahmad Zahid) ini tidak akan melemahkan atau menjadi halangan kepada UMNO untuk meneruskan agenda pemulihan (reformasi) yang sedang dilakukan di dalam parti.”

Tegas Mohamad, khidmat bakti UMNO kepada rakyat Malaysia juga tidak akan berhenti dan terganggu di sebalik isu itu selain beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar daripada parti itu secara tiba-tiba.

“Saya dan rakan-rakan dalam UMNO ingin menzahirkan sokongan dan setia kawan yang mendalam terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keluarganya dalam saat yang mencabar seperti sekarang.

“Insya-Allah, saya pasti akan hadir petunjuk dan kebenaran yang selayaknya dari Allah SWT dalam segala hal yang berlaku ini jika kita bersabar dan bijaksana dalam segala tindakan kita,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori