Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di PPS...

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Segamat kekal 30 orang mangsa di pusat...

15 Sekolah Di Pahang...

KUANTAN – Bilangan sekolah yang terpaksa menangguhkan sesi persekolahan 2018 meningkat kepada 15...

RM3.5 Bilion Semarak Industri...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana RM3.5 bilion bagi menyemarakkan lagi...

Inilah Cara Basuh Sayur...

DALAM penyediaan makanan, perkara yang paling perlu kita ambil berat adalah kebersihan makanan...

SRC: Pembelaan Tutup Kes, Mahkamah Dengar Hujah 12 Mei

KUALA LUMPUR – Selepas memanggil sebanyak 19 saksi pada perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mengambil masa 33 hari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan empat hari bermula 12 Mei depan untuk mendengar hujah lisan di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas perdana menteri itu akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Hakim Mohd Nazlan juga memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk mengemukakan hujahan bertulis mereka pada atau sebelum 21 April depan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kesnya selepas pemeriksaan utama saksi terakhir, Penolong Pesuruhjaya Forensik Perakaunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Regjit Singh.

“Dengan ini perbicaraan pembelaan yang bermula 3 Disember tahun lepas selama 33 hari dan 19 saksi, sampai ke penghujung kes kami,” katanya.

Sebanyak 807 eksibit atau barang kes dikemukakan ke mahkamah dalam perbicaraan selama 91 hari bermula 3 April 2019 yang turut membabitkan nota prosiding kira-kira 6,000 muka surat. Sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan 57 orang saksi.

Selain Najib, antara saksi utama yang dipanggil sepanjang perbicaraan bela diri itu ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; dan dua bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Latheefa Koya. 


Najib, 67, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam dari April 2009 hingga Mei 2018 merupakan perdana menteri pertama negara yang dihadapkan di mahkamah.

Beliau berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta dan dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Tiga pertuduhan CBT yang dihadapi Najib adalah:

*Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd. (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Kategori