Kes Seksual: 2 Staf Stesen Radio BFM Dipecat

BUANG… Stesen radio swasta tempatan, BFM 89.9 akhirnya telah tamatkan perkhidmatan dua kakitangannya selepas siasatan dalaman syarikat itu terhadap dakwaan gangguan seksual.

BFM 89.9 menerusi kenyataan media berkata bahawa lembaga pengarah syarikat berpendapat terdapat bukti cukup untuk bertindak buang pekerja terbabit daripada stesen penyiaran yang berusia 10 tahun berkenaan.

Pengasas stesen itu, Malek Ali dalam suatu kenyataan bagaimanapun berkata, pihak pengurusan BFM tidak pernah membuat laporan polis kerana pengadu sendiri tidak mahu melanjutkan kes berkenaan, pada masa tersebut.

Mengenai tuduhan rogol yang terperinci dalam surat yang didedahkan beberapa media dan netizen berhubung perkara itu, Malek berkata pengurusan BFM 89.9 pertama kali menyedari perkara berkenaan pada Mei 2017.

Mereka segera melancarkan proses siasatan dalaman dan telah menamatkan khidmat pelaku serangan seksual yang tular diperkatakan dalam kalangan netizen tempatan itu. BFM 89.9 sudah diwujudkan sejak tahun 2008.

“Dua pekerja telah diberikan surat tamat perkhidmatan, atas sebab salah laku. Lembaga Pengarah mendapati, memang wujud bukti yang agak cukup untuk mengambil tindakan pemberhentian ini.

“Pihak pengurusan BFM tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, pada masa tersebut,” kata Malek lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

*Video sekadar hiasan…

Loading...