Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

NGO Anjur Himpunan Bantah...

AMPANG – Pertubuhan Sekretariat Suara Rakyat UMNO dan Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu)...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

Penarikkan Subsidi Bagi Tepung...

PETALING JAYA - Bermula hari ini kerajaan akan menarik subsidi yang dikenakan atas...

Ketua Pemuda PH Meninggal...

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Ithnin meninggal dunia...

Kes Saman Vivy: Netizen Diarah Fail Penyataan Pembelaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang netizen yang disaman Datin Vivy Yusof atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan COVID-19 untuk memfailkan penyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohd Syakirin Shazwan yang mewakili Alia Najwa Hassannudin  (netizen) kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datin Rohani Ismail hari ini yang turut dihadiri peguam Pauling Hee bertindak bagi pihak Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof.

“Saman itu berjaya disampaikan kepada anak guam saya secara penyampaian ganti berikutan plaintif (Vivy) sebelum ini gagal menyerahkan saman tersebut melalui serahan tangan. Sebelum ini, pihak plaintif memohon perintah daripada mahkamah supaya saman diberikan secara penyampaian ganti dengan mengiklankannya di surat khabar,” kata Mohd Syakirin.

Peguam itu berkata anak guamnya juga telah memasukkan memorandum kehadiran pada Isnin lalu dan memorandum tersebut diserahkan kepada Vivy, semalam.

Ditanya pemberita adakah kedua-dua pihak akan cuba menyelesaikan kes saman ini secara baik, Mohd Syakirin berkata pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak plaintif.

Katanya, mahkamah menetapkan 4 Januari 2021 untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 15 Jun lepas, Vivy, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 28, selaku defendan tunggal.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Vivy berkata pada 28 Mac lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Vivy mendakwa pada 30 Mac lalu, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lainnya membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.

Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

Ikon fesyen itu mendakwa pada 2 April lepas, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif. – BERNAMA

Kategori