Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Siasatan Terbaharu Ke...

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan terbaharu dilakukan ke...

Kecoh Zizie Ezette Buka...

LAMA tidak mendengar khabar pelakon cantik ini. Selepas berkahwin dengan ahli politik, Datin...

Pahang Sedia 30,000 Unit...

KUANTAN - Rakyat negeri Pahang yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman sendiri...

Pelakon MIG Mon Ryanti...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon MIG, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina...

Kes Rusuhan Kuil: Reman 2 Pekerja Pemaju Dilanjut

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama tiga hari terhadap dua pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) bagi membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman bermula esok sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kedua-dua suspek, termasuk seorang penasihat undang-undang syarikat pemaju itu yang tempoh reman mereka akan tamat pada tengah malam ini.

Semalam mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap kedua-dua suspek itu.

Sementara itu, perintah reman selama empat hari turut dikeluarkan terhadap empat lagi individu yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan kes sama.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).


Setakat ini 20 orang telah ditahan reman bagi membantu siasatan kejadian rusuhan yang berlaku di perkarangan kuil serta kawasan sekitar pada awal Isnin dan Selasa yang turut menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah.

Semalam mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap 16 individu termasuk dua pekerja syarikat pemaju itu dan hari ini empat lagi ditahan reman. – BERNAMA

Kategori