Kes Positif COVID-19 Seluruh Dunia Lebih 58.4 Juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 58 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 58,483,000.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Setakat pagi Isnin (23 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.1 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.09 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.05 juta kes.Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Perancis (2,178,023) dan Rusia (2,071,858).

Jangkitan positif COVID-19 Sepanyol (1,556,730), United Kingdom (1,515,802), Italy (1,408,868), Argentina (1,366,182), Colombia (1,240,493) dan Mexico (1,025,969) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Peru (948,081), Jerman (930,660), Poland (861,331), Iran (854,361), Afrika Selatan (767,679), Ukraine (642,215), Belgium (556,904), Chile (540,640) dan Iraq (535,321) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus ialah Indonesia (497,668) , Belanda (492,208), Czechia (491,647), Bangladesh (447,341), Turki (446,822), Filipina (418,818), Romania (418,645), Pakistan (374,173), Arab Saudi (355,258), Kanada (331,231), Israel (328,918), dan Maghribi (324,941).

Sementara itu, sebanyak 29 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.38 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,385,499 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 256,533 kes, diikuti Brazil dengan 168,989 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 133,227 dan 100,823 kes kematian, manakala kematian di United Kingdom mencatat 55,120 kes.

Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian adalah Itali (49,823), Perancis (48,807), Iran (44,802) dan Sepanyol (42,619).

Argentina (36,902), Rusia (35,838), Peru (35,549) dan Colombia (35,104) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes. – Agensi