Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Najib Lawat Mangsa Banjir...

KUANTAN - Trauma seorang mangsa banjir yang terpaksa mengharungi arus deras dengan air...

Bapa & Anak Cedera,...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk...

Malaysia Berunding Dengan AALCO...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia...

Tindakan Segera Perlu Diambil...

KUALA LUMPUR - Tindakan segera perlu diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengumumkan...

Kes Pertama Rakyat Malaysia Positif Coronavirus

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China.

Lelaki berkenaan kemudian pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu, sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor, enam hari berikutnya kerana demam dan batuk.

“Jadi, ini adalah kes pertama jangkitan coronavirus, membabitkan rakyat kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan setakat semalam melaporkan tiada pertambahan kes positif coronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.

Semua kes positif sebelum ini membabitkan warganegara China, masing-masing tiga kes disyaki (PUI) dan lima individu dalam kalangan kontak rapat.

Jumlah terkumpul kes PUI bagi 2019-nCoV pula adalah 192 orang, iaitu 105 rakyat tempatan, China (82 orang) dan masing-masing satu warga Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga daripada keseluruhan PUI itu disahkan positif coronavirus, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal.

Dr. Dzulkefly berkata, lelaki rakyat Malaysia itu dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu dan dimasukkan ke wad pengasingan.

“Beliau disahkan positif 2019-nCoV semalam dan pesakit kini berada dalam keadaan stabil.

“Kementerian berhubung dengan negara jiran dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti pengesanan kontak sudah dimulakan,” katanya.


Mengulas pengesanan kontak terhadap ahli keluarga lelaki berkenaan, Dr. Dzulkefly menjelaskan, ia kini sedang dilaksana dan mereka diletakkan di bawah pemantauan di rumah.

Selain itu, kementerian menjalankan pengesanan kontak terhadap kontak rapat lelaki terbabit sepanjang berada di Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak terbabit.

Sementara itu, kes terbaharu turut membabitkan lelaki warga China, berusia 63 tahun yang berasal dari Wuhan, China dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari lalu.

“Beliau mula mengalami demam ringan pada 23 Januari lalu dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Kes dimaklumkan ke kementerian dan pesakit diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 14 hari.

“Pada 2 Februari lalu, demam masih berterusan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan lanjut.

“Ujian makmal semalam didapati positif coronavirus, namun pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan berada di wad pengasingan,” katanya.

Pertambahan kes membabitkan dua lelaki itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 2019-nCoV setakat jam 6 petang semalam, adalah sebanyak 10, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.

Kes PUI antara lain membabitkan 122 rakyat Malaysia dan China (86 orang), manakala Australia, Korea, Jordan, Brazil serta Thailand, masing-masing seorang. – BH Online

Kategori