Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesanan SPR Kepada Bakal...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa bakal calon yang akan bertanding dalam...

TMJ Tegur Menteri Membisu...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Najib Menang Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara...

Sultan Ibrahim Titah Pertimbang...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menggesa pelbagai pihak berkepentingan untuk memikirkan kembali idea...

Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan dengan 17 pertuduhan membabitkan kes pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membenarkan permohonan isteri bekas perdana menteri itu untuk memindahkan kes itu daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

“Pemindahan ini akan mempercepatkan proses keadilan. Oleh itu, saya membenarkan permohonan ini di bawah Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Terdahulu, peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana ada kaitan dengan perkara undang-undang dan juga demi kepentingan keadilan.

“Pihak pendakwaan juga tidak membantah terhadap permohonan ini, ” katanya.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram. memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak pihaknya tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

Pada 4 Okt lepas, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan kepada LHDN.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Atas pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, dalam kes LHDN, Seksyen 77(1) Akta Lembaga Hasil Dalam Negara 1967 memerlukan beliau mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April, 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan. – BERNAMA

Kategori