Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Diplomasi Sains Jamin Akses...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menggunakan diplomasi sains dalam melaksanakan pendekatan pelbagai hala bagi...

100 Hari Bagi Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 100 hari...

Guru Besar Ditetak Hingga...

GURU besar di sebuah sekolah ditetak dihadapan 20 orang pelajarnya. Ketika kejadian, guru besar...

1,000 Dapur Gas Untuk...

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia perkhidmatan e-commerce, Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB)...

Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Irwan, Najib 8 Julai

KUALA LUMPUR – Sudah masuk hari ke-16 prosiding penyewelengan dana sebanyak RM42 juta SRC International yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Apa yang menarik pagi ini adalah kemunculan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah di luar Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Najib yang tiba di perkarangan mahkamah dilihat bersalaman dengan Irwan Serigar dalam suasana ceria dan masing-masing melemparkan senyuman.

Kedua-duanya hadir bagi sebutan kes enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana sebanyak RM6.6 bilion di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 8 Julai depan sebagai tarikh pengurusan kes membabitkan Najib dan Irwan Serigar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hari ini Najib tampil bersut kelabu gelap seperti biasa menyapa dan menegur setiap orang di sekelilingnya termasuk sekumpulan jurugambar yang setia menanti beliau setiap hari.


Malah Najib melakukan kejutan ‘manis’ apabila menghadiahkan beberapa helai baju ‘Malu apa BossKu’ kepada jurugambar selain daripada bergambar bersama mereka.

Sejak beberapa hari lalu, Najib kerap memuat naik gambar bersama petugas media terutamanya para jurugambar yang beliau sifatkan telah bekerja keras dalam memastikan setiap gambar yang dihasilkan adalah yang terbaik.

Hari ini, prosiding bersambung dengan memanggil saksi ke-31, Halijah Abdul Wahab yang merupakan Penolong Pengurus Maybank KL bagi memberi keterangan berhubung pemindahan wang atas nama Permai Binaraya Sdn. Bhd. dan Putra Perdana Construction Sdn. Bhd.

Semalam Halijah membuat pendedahan terdapat pemindahan dana sebanyak RM170 juta daripada akaun dua syarikat pembinaan ke dalam akaun SRC International Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

Kategori