Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Presiden Gambia Tidak Terima...

LUSAKA: Berita mengenai Presiden Zambia, Hakainde Hichilema, tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya...

Persenda Islam: Vivian Diperintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan,...

Kenaikan Bantuan Khas Bukan...

ALOR SETAR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan...

Mahasiswa Bantah Gabung UMT...

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah...

Kes Komunis: Polis, Pakar Sejarah Cari Tarikh Sesuai Bertemu

KUALA LUMPUR – Polis dan pakar sejarah sedang meneliti tarikh sesuai bagi mengadakan pertemuan untuk membantu siasatan berhubung majlis peringatan Perjanjian Damai Hatyai yang dikaitkan dengan Chin Peng atau Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada 1 Disember lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sudah mencadangkan tarikh temubual kepada pakar sejarah berkenaan, namun pihak terbabit meminta diberikan masa sebelum bersetuju dengan tarikh itu.

“Mungkin pakar itu sibuk ketika ini atau perlu masa untuk buat kajian berhubung kes ini. Pakar itu juga boleh mencadangkan tarikh lain yang dilihat bersesuaian untuk kedua-dua pihak,” katanya pada BH, hari ini.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash tidak mendedahkan secara terperinci siapa dan bilangan pakar sejarah yang akan ditemubual.

Semalam, enam daripada sembilan pertubuhan yang menyertai majlis peringatan itu disahkan organisasi haram.

Antara pertubuhan yang menghadiri majlis itu ialah Persatuan Persahabatan Abad ke-21, Persatuan Kawan Karib Sarawak, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia serta Persatuan Pendidikan dan Budaya Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor.


Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata berdasarkan laporan diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hanya tiga pertubuhan yang menyertai perhimpunan di Kajang itu berdaftar dengan jabatan terbabit.

Rabu lalu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dipetik berkata, polis sudah mengenal pasti sembilan persatuan terbabit dalam perhimpunan itu bersama empat individu termasuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu, yang menyampaikan ucapan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan mendapatkan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta ROS bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BH Online

Kategori