Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nik Amlizan Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) mengumumkan pelantikan Nik Amlizan Mohamed...

Universiti Diminta Pastikan Graduan...

BUKIT MERTAJAM - Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal...

Pemilik Restoran Raj’s Banana...

KUALA LUMPUR - Pemilik Restoran Raj's Banana Leaf Bangsar didenda RM5,000 oleh Mahkamah...

Beras Faiz Dakwa Pemilik...

SEMALAM, Mynewshub telah menyiarkan tentang salah satu produk beras yang berada di pasaran...

Kes Kematian Covid-19 Global Terus Meningkat

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di tiga negara iaitu Korea Selatan, Itali dan Iran makin meningkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu ciapan di Twitter menjelaskan statistik terbaru daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan jumlah lapan kematian di Korea Selatan, tujuh di Itali dan 12 orang di Iran.

Korea Selatan mencatatkan 231 lagi kes Covid-19 hari ini mencecah 833 kes yang menjadikannya jumlah paling besar di luar China.

Jumlah kematian di China kini berjumlah 2,663 dengan jumlah kes dicatatkan 77,658.

Lima negara baru turut dijangkiti ialah Kuwait, Bahrain, Oman, Afghanistan dan Iraq dengan jumlah negara yang dijangkiti kini berjumlah 37 buah negara. – Agensi

Kategori