Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Insaf Selepas Parasit Hampir...

SELEPAS dapat penyakit, barulah nak insaf. Itu yang berlaku kepada Rodrigo Alves yang...

Logo Baharu Instagram, Apa...

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan...

5 Rumah, Kilang Ikan...

LABUAN - Tujuh belas keluarga hilang tempat tinggal setelah lima buah rumah dan...

Harimau Tak Gigit Kerana...

New Delhi - Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes...

Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Membimbangkan

PUTRAJAYA : Kes salah laku seksual terhadap kanak-kanak antara tahun 2020 dan 2021 menunjukkan peningkatan yang membimbangkan, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Sewaktu berucap di Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Putrajaya hari ini, beliau berkata, bagi tempoh masa yang dimaksudkan, pendaftaran kes tersebut meningkat sebanyak 42 peratus.

Tengku Maimun berkata, ada keperluan untuk mewujudkan lebih banyak mahkamah berkaitan bagi menangani peningkatan kes tersebut.

“Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah masalah yang amat serius, dan sehubungan itu, Badan Kehakiman telah mengadakan dialog dengan Badan Eksekutif untuk mewujudkan lebih banyak mahkamah jenayah seksual untuk mendengar kes-kes ini.

“Langkah ini akan meningkatkan penjawatan khusus dalam Badan Kehakiman untuk mahkamah-mahkamah ini. Kami harap langkah ini dapat membantu mengurangkan jumlah kes,” katanya lagi.

Berucap lanjut, Tengku Maimun berkata, kes komersial dianggap sebagai signifikan kerana, pada tahap tertentu, ia merupakan petunjuk kepada ekonomi negara, kerana pertikaian merupakan salah satu kaedah pengukuran perdagangan dan perniagaan aktif.

Beliau berkata, jumlah kes komersial telah menunjukkan penurunan antara tahun 2017 hingga tahun 2021, dengan kadar penurunan kes antara 2020 hingga 2021 adalah sebanyak 6 peratus.

“Bagaimanapun hanya 55,305 kes direkodkan pada 2021, berbanding 119,258 kes pada 2017. Ini merupakan penurunan membimbangkan sebanyak 53.6 peratus dalam tempoh hanya lima tahun sahaja,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai jumlah kes dadah, Tengku Maimun berkata, tidak ada perubahan yang ketara dari segi statistik rekod, malah ada sedikit peningkatan dari segi pendaftaran kes bagi tahun 2020 hingga 2021, iaitu sebanyak 1.8 peratus.


Beliau berkata jumlah kes dadah yang didaftarkan antara 2017 hingga 2021 seperti sama, dan tidak banyak perubahan.

Situasi itu, ulasnya lagi, menunjukkan hukuman pencegahan yang dilaksanakan terhadap kesalahan jenis ini, termasuk hukuman mati, tidak begitu efektif dalam menangani kategori jenayah tersebut
.
Bagi kes kategori rasuah pula, Tengku Maimun berkata, jumlah kes yang didaftarkan antara 2017 hingga 2021 tidak begitu konsisten, dengan ada tahun-tahun menunjukkan jumlah lebih tinggi berbanding yang lain.

Bagaimanapun, katanya lagi, jumlah kes didaftarkan antara 2020 hingga 2021 menunjukkan sedikit peningkatan.

“Oleh kerana rasuah merupakan bencana dalam masyarakat, amat penting untuk bidang ini dipantau dengan rapat, sebagai langkah penilaian terhadap imej negara, baik domestik atau antarabangsa,” katanya lagi.

Bagi jenayah jalanan pula, Tengku Maimun berkata, ia telah menunjukkan penurunan yang konsisten antara 2017 hingga 2021, dengan tahun 2021 menunjukkan penurunan pendaftaran kes sebanyak 57.5 peratus.

Beliau berkata, berkemungkinan besar ia disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, menyebabkan tiada sesiapa di jalanan yang boleh membuat jenayah.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori