Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Pentadbir Jualan Pecah...

PETALING JAYA - Seorang bekas pentadbir jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Zahid Akan Jumpa ADUN...

TAMPIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu...

Zam Biadab Cadang Tutup...

KETIKA Barisan Nasional (BN) perkasa institusi tahfiz termasuk mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara...

CAGM – Apa Kaitan...

DUA hari lalu, satu badan bukan kerajaan (NGO), Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM)...

Kes Hina Agong: Catt Ginger Berjaya Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Polis telah berjaya menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama samaran ‘Catt Ginger’ kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketua Polis Negara Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan bahawa tangkapan dilakukan sendiri oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

Dalam status Facebook tersebut, pengguna yang menggunakan nama Facebook ‘Catt Ginger’ bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting kepada gambar haiwan kurang sopan.

Pengguna Facebook biadab itu turut meletakkan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ pada 25 Jun lepas yang dikirim secara kebetulan merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia mula menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan menerusi laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa konon dia telah bertindak menghina Sultan Muhammad V.

Suspek dipercayai membuat laporan polis dan juga aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) susulan Pergerakan Pemuda UMNO Perak tampil membuat laporan sama pada Selasa lalu.


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat menyifatkan tindakan Catt Ginger’ sebagai amat serius.

Ini kerana netizen tersebut secara terang berniat melakukan provokasi agama serta menimbulkan ketegangan dan keresahan dalam kalangan umat Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori