Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pintu Sempadan Negara Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya, sebaliknya kebenaran...

Lelaki Hina Agong Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu hantaran...

Kerajaan Patut Beri Saringan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat kerajaan...

Namewee Beri Penjelasan Klip...

PENYANYI rap kontroversi, Namewee tampil memberi penjelasan mengenai klip video terbaharunya "Like a...

Kes Farid: Fathia Tuduh Polis Pun Ambil ‘Barang’?

TATKALA negara sedang gempar dengan sesuatu isu baharu, masa itulah aktres Fathia Latiff akan muncul dengan tweet-tweet ‘bernas’ dan ‘bergeliga’.

Selepas sibuk-sibuk mahu melontarkan pendapat bernilai sepuluh sen tentang mengapa dia kini menjadi pengikut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini merupakan pemimpin parti pembangkang serta isu sistem pembayaran tanpa tunai (cashless system), hari ini Fathia datang lagi dengan membincangkan kes penahanan aktor Datuk Farid Kamil.

Baca: Didakwa Tak Faham Tajuk Berita, Ini Luah Fathia…

Juga: Fathia Buat Hal Lagi, Kali Ini Sindir Perdana Menteri

Dalam insiden yang berlaku pada 1.20 petang semalam, Farid dikatakan telah berkelakuan aneh di balai polis trafik Kota Damansara sebelum bertindak menampar pipi seorang anggita polis dan menendang seorang lelaki yang merupakan orang awam.

Farid, 37, turut didapati positif dadah jenis ganja dalam ujian air kencingnya.

Menerusi tweet tersebut, Fathia menyatakan bahawa Farid sedang marah ketika itu dan seterusnya meminta orang ramai agar tidak menyalahkan ganja yang diambil bintang filem itu.

Sebaliknya, kata Fathia, mungkin siasatan perlu dilakukan ke atas anggota polis yang berada di tempat kejadian untuk melihat jika mereka juga positif ganja.

Status Twitter tersebut kini menjangkau 1200 likes dan 1200 ulang kicau.

Tidak terhenti di situ, Fathia turut meneruskan dakwaan serkap jarangnya itu dengan menegaskan bahawa anggota polis yang terlibat sememangnya ada mengambil ‘barang’.

“Saya cabar uji anggota polis itu jika mereka benar-benar ‘bersih’ dari pengaruh dadah,” tulisnya yang kini difahamkan sedang berada di Berlin, Jerman.

Tweet Fathia itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh para netizen, dengan masing-masing mengkritiknya kembali kerana gemar menuding jari ke arah pihak lain atas kesalahan sendiri.

Malah, ada juga yang memerli pelakon tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan Fathia itu seakan-akan memberi ‘solidariti’ kepada teman ‘sekapal’.

“@QuquRysha: Amboi statement. U ni kalau urine test pun tah2 😝.”

“@eyzaaa_r: Biasa la tweet dari rakan sekapal kan 😌.”


“@na_mazita: Xpenah xbodoh ko ni Fathia..please jangan #Fathia sangat boleh? Masa tengah high of weed pastu orang tu rogol ko mesti ko xmarah kan..kahkahkah.”

“@SARFAMS: Mahathir baru bank in dedak eh?”

“@Izu43638174: X de guna cantik tapi bodoh 😂.”

“@bobteodore: Patut la menari depan bigo macam tu, masa tu memang tengah high ke hahaha.”

Lagi: Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen

Nampaknya, selepas video menari dalam keadaan sebahagian tubuhnya terdedah di aplikasi Bigo Live dan digugurkan daripada produksi drama, Fathia kini semakin tidak diambil serius lagi.

Masakan tidak, dengan mengeluarkan kenyataan yang bodoh sombong itu, orang boleh suka ke? Dan sebagai selebriti Fathia sepatutnya lebih tahu bahawa populariti dan minat orang ramai terhadapnya yang menjadi pendorong kejayaan kariernya.

Ini tidak, asyik beri impression yang negatif saja di media sosial. Berubahlah, Fathia! –MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan….

Kategori