Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guru Terjatuh Bot Ditemui...

IPOH - Seorang guru sekolah menengah di Teluk Intan yang terjatuh dari bot...

Rusuhan Kuil: 55 Direman...

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman...

RCI Tidak Beri Kesan...

PEGUAM Sangeet Kaur Deo akan meneliti kandungan afidavit balasan daripada Ketua Hakim Negara...

Kendall Jenner Kembali Bercinta...

MODEL terkenal, Kendall Jenner kini dikhabarkan kembali menjalin cinta dengan bekas teman lelakinya,...

Kes Demam Campak Dunia Melonjak

NEW YORK – Jumlah kes demam campak di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini naik tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata, data itu menunjukkan trend yang jelas dengan semua rantau di dunia ini berlaku wabak berkenaan.

Afrika menyaksikan kenaikan dramatik sehingga 700 peratus.

Agensi itu berkata, bilangan sebenar mungkin jauh lebih besar kerana hanya satu dalam 10 kes dilaporkan di peringkat global.

Demam campak adalah penyakit virus yang berjangkit, kadang-kadang boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius, termasuk jangkitan paru-paru dan otak.

Ukraine, Madagascar dan India telah terjejas teruk oleh penyakit ini, dengan puluhan ribu kes dilaporkan setiap juta orang.


Sejak September, sekurang-kurangnya 800 orang mati akibat campak di Madagascar sahaja.

Penyakit itu juga berlaku di Brazil, Pakitan dan Yaman – mengakibatkan kematian dalam kalangan kanak-kanak. – Agensi

Kategori