Kes Dadah Buat Perempuan ‘Takut’ Dekati Aidil

PEPATAH ada mengatakan kerata nila setitik, rosak susu sebelanga. Bertambah perit lagi jika seorang selebriti yang dikenali ramai, didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah.

Baca: Pelakon Drama Aidil Aziz & 2 Rakan Didakwa Edar Ganja

Salah seorang pelakon tempatan, Aidil Aziz telah didapati bersalah pada Oktober 2016 lalu dan didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 500 gram bersama dua lagi rakannya.

Bagaimanapun, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah meminda pertuduhan itu daripada mengedar dadah kepada memiliki dadah pada Disember tahun itu dan Aidil turut terlepas daripada menghadapi hukuman gantung.

Kini, dirinya sudah bebas dengan tuduhan itu tetapi bagi pelakon berusia 31 tahun itu, dia tidak menidakkan punca dia tidak mempunyai kekasih hati, ada kena mengena dengan kes kontroversi tersebut.

“Benar, saya tidak menafikan mungkin wanita takut untuk mendekati saya kerana masih dibayangi kisah lalu.

“Boleh jadi itu sebabnya saya masih solo sampai sekarang.

“Tetapi ia bukanlah penghalang untuk saya kembali fokus dalam kerjaya dan bisnes yang sedang diusahakan sekarang,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Aidil kini sedang giat mengusahakan perniagaan mangga asam yang diberi nama KING MANGIFERA.

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak mereka membina keluarga tetapi Aidil berasa beruntung kerana orang tuanya tidak pernah mendesak supaya dia segera berkahwin.

“Perihal jodoh, ajal dan maut semua ketentuan Allah dan saya terimanya dengan terbuka. Tidak kisahlah lambat atau cepat,” ujarnya lagi.

Selain Aidil, terdapat beberapa lagi selebriti tanah air yang telah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ganja.

Juga: Nadzmi Nafi Ambil Dadah, Ada Kesilapan Dalam Laporan

Lagi: Kes Dadah, Nadzmi Mengaku Ditahan Kurang 24 Jam

Antaranya ialah Nadzmi Adhwa yang prrnah didapati bersalah memiliki bahan terlarang (narkotik) dan menyimpan dadah di dalam kereta.

Namun selepas disiasat, Nadzmi didapati tidak bersalah kerana terdapat kesalahan pada ujian air kencingnya. – MYNEWSHUB.CC/AH