Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penipu! Individu Guna Foto...

Durjana! Itu kesimpulan yang sesuai menggambarkan situasi ini.Mana taknya, demi mendapat wang dalam...

Syarikat Daftar GST Melebihi...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Polis Serah Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes Jalur Gemilang dengan bintang...

2 Sekolah Diberi ‘Memo’,...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana...

Kes Covid-19 Kembali Catat 4 Angka Hari Ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,133 kes positif COVID-19 baharu setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 344,018 kes dengan 14,199 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,125 kes daripada kes yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan tempatan membabitkan 781 (69.4 peratus) warganegara dan 344 (30.6 peratus) bukan warganegara.

Katanya, lapan lagi kes import dengan pecahan dua rakyat tempatan dan enam warga asing.

Beliau berkata, seramai 161 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (35.4 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 355 kes (88.5 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan. 

“Ini diikuti Pulau Pinang sebanyak 194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak sebanyak 153 kes (13.5 peratus). 


“Sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (satu kes),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan lima kematian hari ini dengan masing-masing dua kes di Sarawak dan Kuala Lumpur, serta satu kes di Selangor.

Beliau berkata, semua kes membabitkan lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 88 tahun yang menghidap pelbagai penyakit kronik. – BH Online

Kategori